Popular Posts

Tuesday, January 18, 2011

sekali lagi...

Untuk sekali lagi pintu hati ku di ketuk untuk bercinta...
Aku sendiri tertanya-tanya, adakah aku perlu atau haruskah aku membuka dan memberi ruang
hati yang pernah tertutup ini?
Sekali lagi? apakah aku mesti merasai kekecewaan?
Mengapa perasaan takut untuk bercinta sering datang dalam benak ku?
Adakah si dia juga akan mengecewakan aku seperti mana yang pernah terjadi pada diri ku dulu?
Adakah sekali lagi hati aku akan di kecewakan?
Ooh hati... Begitu sukar untuk aku melupakan kekecewaan yang berlaku dalam hidup aku 
suatu tika dulu...
Sakitnya hati, lukanya hati, begitu dalam kesan yang tinggal di lubuk hati aku...
Begitu pun sukar untuk aku melupakan kekecewaan yang terjadi... 

Tetapi adakah salah sekiranya aku membuka pintu hati aku sekali lagi?
Seperti kata orang, takkan semua lelaki didunia itu jahat?
Mungkin tidak semua, tetapi sedikit...
Kekecewaan yang telah mengajar aku erti kehidupan...
Kekecewaan jugalah yang mencorakkan hidup aku...
Ketabahan hati aku, datangnya dari kekecewaan yang pernah aku alami..
Mungkin ada hikmah di sebalik kekecewaankan?

Sekarang dan sekali lagi aku sudah mula membuka pintu hati aku untuk si dia...
Harap akan tiada lagi kekecewaan yang akan terjadi...
Jika ianya berlaku? Mungkin antara kami tak di takdirkan untuk bersama...
Tabahlah duhai hati... Akan datang kebahagiaan di suatu hari nanti... Amin...

No comments:

Post a Comment